Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha pengasihani..

Cinta..

Jika cinta semudah ABC..
Pasti semua orang ingin jatuh cinta..
Jika cinta sesenang 1+2..
Pasti tiada kisah laila majnun dicanangkan..
Pasti tiada kisah romeo dan juliet di wayangkan..
Pasti taj mahal hanya menjadi dongengan..

Tapi..

Cinta itu persamaan,
Malah lebih kompleks dari persamaan elektronik V=IR
Lebih kompleks dari Faraday Laws
Lebih kompleks dari segala jenis persamaan..


Memerlukan orang lebih memahami cinta..
Tapi jangan biarkan cinta memakan diri..
Kelak kita akan diketepi..


Biarlah cinta yang Esa mengatasi segalanya..
Kerana cinta itu memberi panduan yang akan mengatasi segala jenis cinta di muka bumi..

Sunday 10 April 2011

Siapa Saya Pada Awak Part 2

Usai makan dan mengemas bersama mak, aku meminta diri dari mak untuk berehat. Penat sangat dirasakan hari ini. Masa untuk menenangkan diri. Sampai di bilik Iphone kesayangan di hidupkan kembali. Sengaja aku matikan siang tadi. Aku malas nak terima sebarang panggilan. Aku perlukan ketenangan. Sebaik-baik Iphone dihidupkan bertalu-talu pesanan ringkas masuk. Antaranya

‘Sya, apsal aku call tak dpt? Kau kat mana nie?’

‘Sya, where are u? Call me back. Eii..geram aku dgn kau nie. Apsal off hp?’

‘Adik, mak tnya nak balik kul bape? Jd blk x?’

‘Adik, dh kt mn?’

‘Eisya Imani, forgive me’

Dan pesanan terakhir itu membuatkan aku terus terduduk tegak. Eisya Imani, forgive me? Walaupun cuma empat patah perkataan, ia mampu membuatkan jantung ku terasa terhenti. Walaupun tidak dinyatakan namanya, walaupun hanya empat perkataan tersebut, entah kenapa aku seolah-olah mengetahui siapa empunya diri yang menghantar pesanan tersebut. Cuma soalannya, bagaimana dia dapat tau nombor nie?

Tiba-tiba seluruh bilik bergema lagu what are words. Iphone menjerit-jerit minta di angkat. Sekilas aku melihat nombornya, aku bersyukur yang aku kenal dengan si pemanggilnya. Dengan hati yang riang, aku pantas mengangkatnya.

“Hello..assalamualaikum” dengan nada sehabis lunak aku bersuara.

“Waalaikumsalam. Hidup lagi kau rupanya sya. Kau tau tak dah berapa lama aku cari kau. Dah la nak balik umah mak engkau tak reti nak bagitau aku. Kau tau tak yang aku risau bagai nak rak kat umah nie menunggu kau. Kot ye pon nak balik umah mak kau, bagitau la aku Sya oiii..tak ada nya aku terconggok macam orang mati laki tunggu kau itu”

Pergh makcik nie kalau membebel, sama taraf dengan mak aku rupanya. Aku ingatkan abang je yang mak turunkan ilmu, tak sangka pulak yang si Lia sekali menuntut. Apsal la semua orang nak kena bebel kat aku nie? Ish tak faham aku.

“ Hello Sya.. Dah tidur ke? “ menyentak lamunan aku la suara makcik nie.

“Hehehe..Lia, aku hairan la. Apsal semua orang kena membebel kat aku hari nie. Sampai-sampai umah je tadi aku dah kena bebel dengan abang, pas tue mak, sekarang kau pulak. Korang pakat eh nak adakan satu hari membebel?”

“ Banyak la kau hari membebel. Orang macam kau patut di bebelkan tau tak. Aku risau tahap tak ingat bila sehari tak dapat call kau tau. Dah la tunggu kau tak balik-balik. Eii geram aku!” Lia bersuara.

“ Lia, kau kena amnesia eh? Kan hari ini hari jumaat. Esokkan weekend, memang la aku balik rumah mak aku. Bukan tiap-tiap minggu macam tue ke?”

“Erk! Esok jumaat eh Sya?” dengan nada-nada blurnya si Lia bertanya.

Sah minah nie kena amnesia peringkat pertama.

“Yela cik Lia sayang oii..hari nie hari jumaat, esok sabtu lusa ahad, tulat is..”

“Okey okey cik Sya comot. Aku salah. Hehehe..banyak sangat berfikir. Lagipun aku risaukan kau tue. Sejak dua mejak nie semakin kerap kau mengelamun. Kau ada apa-apa nak story mori kat aku ke Sya?”

Lia Lia..memang sifat semulajadi kau agaknya sentiasa alert dengan persekitaran terutamanya berkaitan dengan aku. Itulah yang aku sayangkan sangat dekat kau Lia.

“Hmm..tak da pa pe la. Eh by the way, kau kan call aku tak dapat tadi. Pastue kau ada amnesia sekejap pasal weekend aku balik rumah mak aku kan. Cam ne pulak kau tau aku kat umah mak aku tadi?” Hmm musykil nie.

“Err..aku agak je. Hehehe..” kedengaran suara halus di balik sana.

“ Ye la tue Lia. Dah la aku ngantuk nie. Nak tidur. Talk to you soon k. Ada apa-apa nak pesan tak?”

“Pesan? Oh ya..kirim salam kat mak kau”

“Mak aku je..abang aku ke tak nak ke?

“Abang? Err..bolehla..kot..heheh” apsal aku dengar cam suara-suara gatal je dari si Lia nie. Macam malu-malu je. Jangan-jangan dia sukakan abang jugak kot.



*******************************************************************************

“ Han, stop it. Penat la Han nak kejar awak. Awak bukannya lari perlahan. Bak balik diari Eisya. Han!!”

“Uwek! Cubala kejar kalau laju sangat. Cakap ratu balapan konon, baru lari sikit dah semput ke cik adik?” ujar Azhan dari hujung jalan sana.

“Han, itu diari Eisya la. Awak mana boleh ambil. Tak baik tau ceroboh privasi orang lain. Bagi la balik” hampir menangis aku dikerjakan si Azhan nie. Kalau la dibukanya diari itu dan baca memang akan terbongkar segala isi hati aku dalam itu. Taknak! Aku tak bersedia lagi.

“Han! Bagi balik. Cepat la..okla okla, nanti saya belanja awak makan megi ye kalau awak bagi balik. Please Han, that’s my private book. Please” Aku masih merayu.

Dengan langkah perlahan, dengan senyuman manis, dengan pandangan redup mata yang tajam itu, Azhan mendekati aku sambil menggawang-gawang diari tue.

“Betul nak belanja saya makan megi?”

Aku mengangguk laju. Azhan memang peminat megi cafe pakmat di kampus itu. Entah apa yang dia sedapkan sangat aku pun muskil. Bila aku makan megi itu, aku rasa aku masak sedap lagi. Tapi tak kisah la janji si Azhan nie nak pulangkan balik diari aku.

Sebenarnya Azhan bukan nak sangat Eisya belanja. Cuma sekadar nak bersama gadis itu sahaja. Tenang hari dirasakan apabila bersama Eisya Imani. Gadis ceria, peramah, comel sangat dan tak lokek dengan senyuman mampu mengundang debar di hati Azhan. Cuma yang dia tak pasti, adakah dia mencintai gadis tersebut atau sekadar peneman dikala hati yang sunyi. Azhan masih belum dapat memastikannya.

Dan disaat aku lihat Azhan seperti didalam dunianya tersendiri, ting! Lampu menyala terang dalam kepala dengan sendirinya. Yes,idea!. Hmm, dengan seperlahan yang mungkin aku bergerak ke arah Azhan lantas merebut diari di tangannya dan secepat mungkin berlari tanpa sempat Azhan berbuat apa-apa.

“Thanks awak, nanti-nanti saya belanja megi pak mat ye. Daa!!” jeritku sambil melambai tangan berlari ke arah kolej. Azhan masih disitu terkejut dengan tindakanku memerhati dan terus memerhati, akhirnya tersenyum sambil menggelengkan kepala.

“Nakal!” Desisnya.



*******************************************************************

Arghhh!! Kenapala kenangan ini semakin menghimpit disaat aku ingin melupakan. Air mata menjadi semakin murah sejak kebelakangan ini. Ya Allah berikan ku kekuataan di saat Kau memberi ku ujian ini.

Tok..tok..pintu diketuk..

“Masuk!”

“Cik Eisya, you ada appointment dengan En Arif engineer dari ANF Holding petang ini di Federal Hotel.” Ujar Anisah pembantu jurutera di syarikat ini.

“En Arif?”

“Yup, pukul 3 petang ini” sambung Anisah lagi.

“Okey, anything else Nisa?”

“Lagi satu, Cik Eisya kena pergi conference pasal RF communication yang diadakan di Putrajaya next week”

“Aik..I sorang je ke?”

“Oh, tak. Dengan Tuan haji dan saya”

Lega aku dengar. Nak aku pergi sorang-sorang memang harula. Aku ini bukanlah tak suka conference segala ini. Tapi conference ini umpama mendengar lullaby story bagi aku. Mudah didengar, senang melelapkan mata. Zaman study dulu pun macam tue. Aku pun tak faham dengan diri sendiri. Tidurla awal macam mana pun, asal masuk lecture hall mata nie dengan sendirinya akan tergam. Nasib study tak ke laut kalau tidak mau haru baru. Itupun nasib ada Farish Azhan, dia la yang selalu bagi kata-kata semangat untuk aku. Walaupun kadang-kadang kedengaran sinis tapi aku tau dia nak yang terbaik untuk aku. Yang peliknya asal aku dan Azhan study sekali, mata nie bukan je tak kena gam tapi siap segar bugar umpama baru lepas minum kopi. Itu yang aku pelik tue.

Arghhh!! Kenapa Azhan lagi? Sikit-sikit Azhan, sikit-sikit Azhan. Rimas aku dengan diri sendiri. Cerita la apa pun last-last masuk jugak nama mamat tue. Adoi..Back to reality Eisya..

“Cik Eisya” Eh tidur ke Cik Eisya nie? Mata terbuka tapi..

“Ohhh, okey. Nanti you bagi detail pasal conference tue ye. I nak buat preparation apa yang patut.” Ujar ku sambil mencatatnya didalam planner. Alamak termalu aku dengan Anisah. Nampak sangat aku kuat mengelamun sekarang ini.

“Baik, kalau tak ada apa-apa I keluar dulu ye Cik Eisya”

Aku sekadar mengangguk dan tersenyum. Dah pukul 12, lunch time. Yeay! Ajak Lia lunch la, dah lama tak lunch dengan Lia. Lantas aku menelefon Lia untuk mengajak dia lunch.

“Assalamualaikum” suara di sebalik sana kedengaran.

“Waalaikumsalam, Lia. Kau busy ke?”

“Tak la sangat. Aku tengah melangut main farm ville kat facebook nie. Hehe” aku dah agak dah. Si Lia nie macam dah kena facebook maniac tau. Pantang lepa sikit, mula nak berfacebook. Bos dia tak marah ke? Mushkil aku..

“Kau nie Lia, mana boleh time keje main game. Bos kau tak bising ke?”

“Hehehe., ala Sya, aku dah siap keje la. Dari pagi serabut kemaskini akaun tau. Bagila aku chance nak release tension jap.” Mula la si Lia beralasan.

“Yela tue, by the way, kau dah level brape dah farm ville. Aku lama gila dah tak bukak farm ville. Sejak dua mejak nie busy la.” Huhu..dua kali lima je Eisya. Kata orang konon.

“Hahaha, aku dah level 51 Sya, dah habis semua lembu, ayam aku beli nie. Dah expand tanah lagi la”

“ Wah, mantap kau. Aku baru level 30. Tak pe malam karang aku qada balik main game nie. Oh, melalut jauh dah nie. Sebenarnya aku call nak ajak kau lunch. Lunch jom?”

“ Erk..lunch? Tak boleh kot Sya. Aku ada janji dengan kawan nak lunch dengan dia” Entah kenapa aku dengar Lia nie macam menggelabah je aku ajak lunch.

“Hmm, tak boleh ye? Tak pe la lain kali je kita lunch. Kirim salam je la kat kawan kau tue ok.” Aduss..lunch seorang la nampaknya hari ini.

“Sorry ye Sya” kedengaran bersalah la pulak aku dengar suara Lia nie.

“Eh tak de apa la. See you petang nie k. Take care. Assalamualaikum” seraya aku meletakkan telepon.



******************************************************************************

Memandangkan Lia tak dapat menemani aku dan rakan-rakan pejabat lain pula masing-masing ada hal sendiri, aku hanya pergi ke restoran depan pejabat sahaja. Alamak, ramai la pulak dalam restoran hari ini. Pukul berapa sekarang? Sekilas aku melihat jam di tangan. No wonder la, memang time lunch pun. Malas aku nak bersesak, aku lantas meminta kakak disitu bungkuskan nasi sahaja. Baik lagi makan kat pantri di pejabat dari melangut sorang-sorang macam tak ada kawan. Lagipun tak baik aku membazir meja kan, aku seorang sedangkan ramai lagi orang yang memerlukan meja dari aku ini.

Itula, ada orang nak masuk line, sibuk cakap dah kahwin, kalau tak confirm ada orang teman kau keluar lunch Eisya.. hatiku seakan berbisik.

Stop it Eisya, jangan merepek. Kau nak hati kau disakiti lagi ke? Tak sedar-sedar lagi? Kau nak merana lagi ke? Sebelah hati lagi berbisik.

“Astagfirullah” lantas aku beristigfar. Apa la yang aku mengarut ini. Lantas aku dengan sepantas yang mungkin mula memilih lauk untuk dibungkus. Makin di layan perasaan hati yang berbisik ini semakin hilang nafsu aku untuk makan.

Sedang aku memilih lauk untuk dijamah tengahari ini. Aku terasa seperti sedang di perhatikan. Wait, wait Eisya, ini perasaan kau aje ke atau kau perasan orang tengah tengok kau nie? Tanpa buang masa, aku lantas mengangkat kepala memandang kearah orang yang kurasa sedang memerhatikan ku.

Tiba-tiba tanganku menggigil. Di sebalik sana Farish Azhan sedang memerhatikan ku. Ya, ini bukan mimpi, ini bukan khayalan. Benar, dia sedang memerhatikan ku. Waktu terasa terhenti, suasana terasa hening sehingga aku disedarkan dengan tangisan bayi di mejanya. Kelihatan seorang wanita muda sedang memujuk bayi tersebut dari menangis. Kami yang ketika itu sedang saling berpandangan tersentak apabila wanita berkenaan memanggil Azhan untuk memegang bayi berkenaan.

Lantas tanpa membuang masa, aku membayar harga makanan dan pergi dari situ. Air mata, hentikan mengalir. Air mata, jangan biarkan aku lemah. Tapi akhirnya ia gugur juga.

“Azhan, kenapa susah sangat saya lupakan awak? Kenapa awak tinggalkan saya tanpa alasan? Kenapa tatkala saya ingin bangkit dari kenangan awak muncul? Kenapa Azhan kenapa?” dan aku terus menangis. Biarlah kali ini aku ingin menangis sepuas-puasnya.

LA TAHZAN KERANA CINTA MANUSIA, EISYA IMANI....kerana kata-kata ini. Izinkan aku menangis buat kali terakhir. Semoga tiada lagi air mata yang akan menemani aku kelak.


to be continue

No comments:

Post a Comment