Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha pengasihani..

Cinta..

Jika cinta semudah ABC..
Pasti semua orang ingin jatuh cinta..
Jika cinta sesenang 1+2..
Pasti tiada kisah laila majnun dicanangkan..
Pasti tiada kisah romeo dan juliet di wayangkan..
Pasti taj mahal hanya menjadi dongengan..

Tapi..

Cinta itu persamaan,
Malah lebih kompleks dari persamaan elektronik V=IR
Lebih kompleks dari Faraday Laws
Lebih kompleks dari segala jenis persamaan..


Memerlukan orang lebih memahami cinta..
Tapi jangan biarkan cinta memakan diri..
Kelak kita akan diketepi..


Biarlah cinta yang Esa mengatasi segalanya..
Kerana cinta itu memberi panduan yang akan mengatasi segala jenis cinta di muka bumi..

Saturday 9 April 2011

Siapa Saya Pada Awak Part 1

“Awak..Siapa saya pada awak?”

Erk!

“Siapa awak pada saya?”

“Ya, siapa saya pada awak? Jawab Eisya..jangan awak pendam lagi. Saya nak tau siapa saya pada awak,” Lelaki itu terus mendesak.

Sememangnya aku seorang yang hopeless pasal soal hati apatah lagi berdepan dengan perkara-perkara begini. Tapi by hook or by crook aku percaya aku pasti akan berdepan dengan situasi ini. Bukankah dah lama aku tunggu saat-saat ini.

“Mungkin ini masanya”, aku bermonolog.

“Eisya..awak dengar tak soalan saya? Siapa saya pada awak Eisya?”

“Awak..” Aku bermukadimah.

“Awak adalah lelaki paling istimewa dalam hidup saya,paling dekat dihati saya yang mana saya letakkan di tempat teratas di antara mana-mana kenalan yang saya pernah ada. Jangan bertanya siapa awak pada saya..sebab saya percaya yang awak tau siapa awak pada saya” Selancar dengan ayat tersebut, ku rasa bagaikan nak tercabut jantung dari tangkainya. Ini lah kali pertama aku menyatakan perasaan hati untuk mereka yang bernama lelaki. Dan sesungguhnya, ia adalah sebenar-benar perasaan yang aku rasakan ketika ini.

“Hmm...akhirnya saya tau juga siapa saya kepada awak. Terima kasih Eisya kerana sudi beritahu isi hati awak pada saya” Skema nya jawapan dia. Tapi bagaimana pulak perasaan dia pada aku. Adakah perasaaannya sama seperti apa yang aku rasakan?

Hanya sunyi yang berada di talian. Tiada sebarang bunyi, yang kedengaran hanya desah nafas di kedua-dua hujung talian. Debaran di dadaku masih belum mahu surut, malah terasa semakin berdebar apabila dia terus berdiam.

Tidak mampu aku menahan perasaan ini lagi apabila dia terus menerus mendiamkan diri.Terasa sesak dadaku. Akhirnya, soalan yang berlegar-berlegar di fikiran ini tak mampu ku tahan lagi.

“Awak..” aku bersuara.

“Ya..” dia menjawab senada.

“Awak dah bertanya saya. Siapa saya pada awak dan saya dah jawab siapa awak di hati saya. Tapi bagaimana dengan saya? Siapa saya di hati awak?”

“Eisya, saya sayang awak. Sangat-sangat sayangkan awak tapi saya minta maaf, awak bukan insan teristimewa pada saya, awak bukan saya letakkan di tempat teratas dihati saya. Awak hanyalah kawan saya yang paling baik dan paling rapat bagi saya. Tiada lebih. Saya sayang awak tapi sayang, awak tak lebih dari seorang sahabat”

Ya Allah, ketika itu jantung ku terasa bagaikan hilang denyutan. Waktu terasa terhenti, jiwa terasa seakan hilang. Apakah tujuan soalan ini ditanya sekira ini jawapan yang ku terima. Adakah ini tujuan semata-mata ingin memalukan aku. Jika jawapannya ya, tahniah wahai lelaki, awak berjaya meletakkan maruah saya serendah-rendah tempat di muka bumi Allah ini. Dan ketika itu hanya air mata yang menemani ku..

**********************************************************************************

“Hoi, Eisya!!! Mengelamun eh?” Ya Allah bingitnya telinga ini.

Ini yang aku tak berkenan dengan minah sorang nie. Suara tue bak amplifier orang kahwin. Gila la. Mau terberanak aku kalau aku nie mengandung sebab terkejut dengan suara dia je.

“Lia, kau memang dah lama eh nak aku cacat kekal?”

“Erk?”

“Ye la, dah la suara kau tue bak amplifier orang kahwin, menjerit lak tepi telinga aku, mau kena cacat pendengaran aku seumur hidup tau tak” Eii minah nie, dah la suara kuat, boleh pulak dia buat-buat blur.

“Hahahaha, Eisya, Eisya..Ala, cayang, aku tau telinga kau dah immune dengar suara aku, mesti tak effect apa-apa punyala. Lagipun kan sya, kalau kau cacat pendengaran, aku percaya kau la wanita yang cacat pendengaran paling cantik kat muka bumi Allah nie tau tak. Heheh..” Lia bersuara.

“Eleh, nak pujuk aku la tue,” Aku sekadar mencebik.

Lia atau Maslia, sahabat aku dunia akhirat. Tiada satu rahsia pun antara kami. Dialah satu-satunya sahabat yang paling memahami aku walaupun dengan suaranya bak amplifier orang kahwin. Bukan sekejap kami berkawan, dari sekolah rendah, ke sekolah menengah ke universiti, walaupun tak satu universiti, dan kini dah masuk alam perkerjaan kami masih tetap bersama.

“Sya, kau pikir apa tadi tue? Aku balik kerja kau tak perasan, aku dah naik mandi, solat dan dah turun kau still static kat sofa nie. Ada masalah ke sya?”

Adoi, nie la aku paling tak tahan dengan Lia nie, sebising-bising mana pun dia, asal mood aku lain walaupun sekadar terpesong 45 degree dia tetap tau. Lia, lia..aku memang tak boleh berahsia apa pun dengan kau Lia. Tapi untuk kali nie biarlah aku simpan sendiri. Dah lebih 5 tahun aku menyusahkan kau. Cukupla setakat tue.

“Tak da apa lah. Aku penat la. Tadi sebelum balik aku ada appointment dengan client pasal design baru yang company aku minta tue,”

“Yeke? Aku ingat kau ada masalah apa tadi. Risau gak aku. Kau static dari tadi,”

“Kau sayang aku ye Lia, risau betul kau kalau aku ada masalah,kan..kan..kau sayang aku kan?”

“Maunya aku tak sayang. Buat kau transform balik diri kau jadi mayat hidup macam dulu, sapa nak jawab? Jenuh pulak aku bersoal jawab dengan mak kau. Abang kau tue, bukan kau tak tau, mengalah kucing hilang anak bila tengok keadaan kau 5 tahun lepas,”

Tersentap aku bila Lia mula bukak hikayat lama. Lia nie pon satu, dia dah tau aku nak lupakan kisah tue, aku dah tak nak ingat lagi kisah dulu. Kisah yang memalukan aku, kisah yang meletakkan maruah aku sebagai wanita di tahap terendah. Kenapa dia perlu ingatkan aku peristiwa lama.

Lama aku mendiamkan diri. Begitu juga Lia, mungkin dia terkesan perubahan di wajah aku.

“Sya, I’m sorry..so sorry..aku tak ada niat nak buat kau kenang kisah lama. I just worry about you. Kau taukan aku sayang kan kau. Aku tak nak kau sedih lagi Sya. Aku mintak maaf kalau tadi aku kecikkan hati kau Sya. Sorry”

Adoi, dia wat muka sekupang cam nie la yang aku tak berkenan nie.

“Hehehe, sentap kau ye. Kan dah berapa kali aku cakap, aku tak nak hikayat-hikayat lama tue bukak balik, degil ye. Baru aku provoke sket dah cuak.Wek!”

Tiba-tiba, Iphone kesayangan aku mengalun-alun lagu what are words dari Chris Medina mintak diangkat.

Haish, malasnya aku nak angkat telepon kalau naik nombor yang aku tak kenal nie. Tapi buatnya bos yang call nak tanya pasal appointment tadi macam mana. Aduss..

“Hello..”

“Ehem, hello, Eisya Imani?”

“Yes, here. Siapa nie ye?

“Saya la Arif. Design engineer yang baru kejap tadi ada discussion dengan awak. Remember?”

Mana boleh aku lupa. Mamat yang datang dengan kenangan lama aku. Kenangan yang nak sangat-sangat aku lupakan.

“Hello, you still there?”

Suara itu mengejutkan aku.

“Yup, sorry.. Ada apa ye awak call saya? Rasanya kita dah abis discuss pasal design yang company saya nak tue kan? “

“Oh yes, semua dah complete, just nak berborak-borak dengan awak. Tadi nak berborak tak appropriate pulak memandangkan tadi ada bos saya. Dia tue anti perempuan sikit.”

Terdiam aku. Anti perempuan? Tengok aku macam nak telan orang tue dikatakan anti perempuan? Kalau macam tue dikatakan anti perempuan, yang tak anti perempuan tue macam mana pulak? Macam dia nie ke? Haila...Dunia dunia..

“Oh, saya bukan tak nak berborak dengan awak, tapi anak saya nie menangis-nangis nak ajak main. Maklumla baru jumpa mamanya. Dari pagi tadi tak nampak-nampak saya kan.” Opsss saya berbohong En Arif.. Tapi bohong sunat. Tak apa kan? Heheh..

Mata Lia dah membulat tengok aku. Marahla tue. Eleh, ingat aku takut dengan mata kau tue Lia. Korek baru tau. Aku tau Lia marah sebab setiap kali ada lelaki yang cuba nak dekat dengan aku, mesti alasan nie yang aku guna. Aku cuma tak bersedia. Tak bersedia untuk memberikan hati ini kepada lelaki untuk dihancurkan. Tidak! Bukan sekarang dan bukan selamanya.

“ Oh, dah anak ke? Sorry saya menganggu. Tengok awak macam belum kahwin lagi. That’s why saya call. So sorry for disturbing your time” Arif mula menggelabah.

“Saya dah kahwin En Arif, anak sorang dah pun, tak apa, saya tak salahkan En Arif pun. Oklah ye, anak saya dah merengek nie, talk to you soon, insyaAllah. Assalamualaikum,” sambil mengeyitkan mata pada Lia, aku lantas meletakkan telepon.

“Sampai bila Sya? Sampai bila kau nak tutup pintu hati kau tue? Dah lima tahun dah Sya, lupakan la” Lia berkata.

“I’m off Lia. Nak naik mandi dan solat” Aku bangkit dan menandakan aku tak nak topik ini dipanjangkan lagi.

Lia hanya mampu menggelengkan kepala..Eisya sampai bila Eisya, kau nak tutup pintu hati kau? Sampai bila kau nak menyiksa diri kau lagi Sya? Maslia hanya mampu mengeluh didalam hati.

**********************************************************************************

“Eisya, masuk bilik saya kejap. Bawak segala fail berkenaan design circuit yang kita nak develop dengan ANF Holding tue” Interkom depanku berbunyi.

“Baik tuan haji” Aku bersuara hormat.

Adoi kenapa pulak Tuan Haji Ismail nak jumpa ini. Aku dah la berlambak kerja nak kena siapkan ini. Dah tak nak balik lewat. Seminggu dah aku berkampung kat pejabat nie siapkan design yang company nak. Tak rela aku nak terperangkap dalam traffic jam nanti. Lagipun malam nie dah janji dengan mak nak balik makan dekat rumah. Lambat balik karang aku berani confirm mak akan mulakan marathon membebel dengan jayanya.Tidak!!

Tok..tok..Pintu diketuk.

“Masuk”

Aku melangkah masuk bilik Tuan haji dengan harapan tiada lagi bebanan kerja untuk hari ini. Hanya hari ini. Bukannya aku nie malas nak berkerja tapikan setiap orang mesti akan ada “one lazy day” dia kan. Ya tak syak lagi, hari ini hari aku.

Melangkah masuk, aku dibelakangi oleh seorang tetamu. Aik, ada staff baru masuk ke? Tak de pulak aku dengar HR buka vacancy untuk masa terdekat ini.

“Assalamualaikum tuan haji, nak jumpa saya?”

“Masuk..masuk Eisya, saya ada hal sikit nak berbincang dengan awak. Duduk Eisya, come En Farish, saya kenalkan awak dengan one of my favourite staff”, Tuan haji mengajak lelaki itu duduk di sofa dalam biliknya.

En Farish????? Aku tak salah dengar kan. Tuan Haji sebut En Farish kan? Kenapa nama nie seems like so familiar dengan aku. Tolong jangan cakap dia itu dia...Please. Aku masih lagi tak mengangkat muka. Berpura-pura menyelak fail yang dibawa dan mengharap bukan farish yang aku kenal kenal. Crossing finger. Please..

“Assalamualaikum Eisya Imani” Suara itu.

Ya suara itu aku sangat kenal. Tolong katakan yang aku bermimpi. Tolong katakan aku tengah berhalusinasi. Tolong katakan yang ini tak benar.

Dengan seperlahan mungkin, aku mengangkat muka dan benar, itu ialah dia. Dan benar aku tak bermimpi dan benar aku tak mungkin berhalusinasi. Dia di depan ku. Sekali lagi dengan senyuman itu.

“Eisya, hei Eisya..” Kuat suara menusuk gegendang telinga ini.

“Erk..sor..sorry Tuan Haji. Astagfirullah..Maaf tuan haji” Tergagap-gagap aku.

“ Maaf En Farish, mengelamun pulak dia. Baru je puji tadi. Eisya, cancel la pujian saya tadi” Nada Tuan haji bergurau. Masakan tidak, aku masih lagi seperti terawang-awangan.

Wake up Eisya,wake up. Jangan biarkan dia nampak kau lemah Eisya. Kau dah berjanji nak bangkit dari kenangan lalu kan. Wake up Eisya. Serta merta seperti ada satu semangat tertiup dalam diri, aku lantas berdiri untuk berhadapan dengan dia.

“ Tuan Haji nak bincang pasal circuit design tue ke? Saya dah bawak semua dokumen yang Tuan Haji perlukan”

“Yup, memang saya nak diskus pasal hal itu, tapi bukan dengan awak je, dengan awak dan En Farish Azhan sekali. En Farish ini project manager dari ANF Holding dan dia akan berhubung dengan Eisya sepanjang kita berkerjasama dengan syarikat mereka. Dan ini Eisya Imani our research and development engineer.” Kata Tuan haji memperkenalkan kami.

“Oh..saya dah pernah jumpa dia hari tue. Masa saya ada discussion mengenai concept dan design yang kita nak dengan En Arif” Kataku dengan beraninya sambil bertentang mata dengannya. Tiada lagi rasa takut mahupun air mata menemani. Yang ada hanyalah perasaan dendam dan amarah terhadap lelaki itu.

Dan dia, hanya tersenyum memandangku. Masih dengan senyuman yang sama, masih dengan pandangan redup yang sama. Ya Allah, tabahkan hatiku ya Allah. Jangan biarkan hatiku terperangkap dengan lelaki ini lagi.

Profesional Eisya Imani, profesional. Kau tengah berkerja. Lagipun mesti kau tak nak Tuan haji perasan setiap tindakan kau kan. Be professional.

“Oh, yeke? Kalau macam tue lagi mudahla nampaknya awak berdua nak berkerjasama lepas nie. Saya harap company kita dapat menghasilkan teknologi terbaik dengan munculnya design yang terbaru ini nanti”

“InsyaAllah Tuan Haji, saya akan pastikan saya tiada masalah berurusan dengan Cik Eisya Imani. Opss sorry, betul ke Cik? Takut-takut tersalah gelaran pulak nanti?”

Sebelum sempat aku bersuara, Tuan haji nampaknya mendahului aku.

“Betulla cik tue, En Farish. Cik Eisya kita nie belum kahwin lagi. Tapi tak tau la pulak dia kahwin senyap-senyap tak jemput saya pulak kan”

Aku sekadar tersenyum dan melalui lirikan mata, aku nampak ada sepasang mata sedang memerhatikan aku dengan senyuman sinis. Huh! Menyampah!!

Setelah hampir sejam kami berbincang akhirnya perbincangan itu berakhir. Aku dengan kadar segera meminta izin untuk meminta diri dari Tuan Haji. Tak sanggup rasanya aku terus berada dalam bilik tersebut. Jantung terasa tidak dapat berfungsi dengan baik. Sesak nafas terasa.

Setelah melangkah keluar, tiba-tiba aku terdengar nama ku dipanggil dan aku tau siapa yang memanggil. Dengan langkah yang pantas dan tanpa mempedulikan suara tersebut aku terus melangkah.

“Eisya! Eisya! Eisya Imani...Stop!” Kuat suara itu memanggil. Kerana tidak mahu dikesan oleh rakan-rakan pejabat dan juga menjadi bahan bual bicara oleh minah-minah kepoh di situ aku menghentikan langkah.

Serentak dengan hentian langkah , aku berpaling dan bersuara,

“Ya En Farish, anything I can do for you, thought that our discussion dah habis tadi”

Mungkin kerana terkejut dengan tindakan aku, dia seakan-akan terpaku dan suasana ketika itu kelihatan so.....awkward.

“Eisya, Han ada something nak discuss dengan Sya. Kita keluar minum sekejap nak?”

“En Farish, I tak keluar dengan client without any appointment. Lagipun sekarang waktu kerja. I don’t think this the appropriate time for you to ask me keluar minum dengan you” suara aku masih boleh dikawal.

“Eisya..”

Ya Allah..rindunya aku dengan suara ini. Rindunya aku dengan nada suara ini. Ya Allah tabahkan hati ku ya Allah..

“Sorry En Farish, kalau tak ada apa-apa lagi, saya mintak diri dulu. Assalamualaikum” Serentak itu, aku melangkah pergi.

Eisya Imani, kau tak pernah berubah.. Dan Farish Azhan berlalu pergi.



*********************************************************************************

“Assalamualaikum!! Assalamualaikum!! Mak!”

“Waalaikumsalam. Oit dak kecik baru sampai ke? Abang tak tau la, mak dah bising tue. Kan adik cakap nak balik awal. Kenapa lambat? Dah la call tak dapat. Off handphone ke? Kenapa? Busy sangat ke? Busy macam mana pun, jangan la sampai off handfphone tue, mak risau tau tadi. Abang lagi risau. Dah la adik tue adik abang sorang je. Dan...”

“ Abang..abang...chop chop!! Tarik nafas, hembus..tarik nafas hembus” huishh abang aku ini, aku ingat mak je pandai buat marathon membebel, sekali dengan abang nampaknya dah pandai marathon. Ini mesti kes mak dah turunkan ilmu dekat abang nie. Aiseh...habisla aku...

“Apa tarik-tarik nafas? Nak kena luku? Apsal lambat? Nie telinga abang nie, nak menanah dah tau dengar mak membebel.”

“Hehe, sorry la abang sayang, traffic jam. Abang macam tak tau pulak KL nie cam mana.”

“Alasan..” Sambil tangan meluku aku. Haishh abang aku nie suka betul luku aku.

“Mak mana?”

“Sembahyang”

“Abang tak sembahyang?”

“Dah, adik tue dah sembahyang ke belum?”

“Belum, nak naik sembahyang la nie. Hamba undur diri dulu ya tuan panglima hitam manis” sebelum sempat abang nak sambung membebel sebab aku lambat sembahyang baik aku cepat-capat pintas.

Ingat dia sorang je menanah telinga kena bebel. Aku nie bukan menanah lagi, berkudis siap. Ini baru abang belum lagi mak. Adehhhh..

Tapi inilah sahaja keluarga yang aku ada. Setelah pemergian abah ke rahmatullah, abang la yang mengambil alih tempat abah menjaga keluarga. Sanggup berhenti belajar walaupun ketika itu dia dah di tahun akhir engineering di UNSW, Australia. Emak menangis menghalang abang dari berhenti belajar tapi abang tetap degil dengan alasan ingin menjaga emak dan aku. Memberi laluan kepada adiknya yang satu ini untuk belajar. Alhamdullillah aku tidak mengecewakan mereka. Alhamdullillah aku akhirnya berjaya.

Setelah aku berjaya tamatkan pelajaran aku, mak minta abang sambung study. Masa untuk abang fikirkan pasal dirinya sendiri. Atas desakan mak dan of course adik kesayangan nya ini, akhirnya abang sambung study walaupun PJJ(Pengajian jarak jauh) di UTM Space. Tak kisahla janji dia nak sambung. Cita-cita abang nak jadi engineer insyaAllah akan tercapai.

Usai mandi dan solat, aku turun untuk membantu mak sediakan makan malam. Belum sempat mak buka mulut, aku terlebih dulu memotong,

“Mak, sorry. Tadi traffic jam, adik pulak kena balik lambat. Tuan haji tu la, adik dah mintak nak balik awal. Tapi last minute boleh pulak dia suruh adik siapkan dokumen untuk meeting isnin ini. Adik dah la tak lunch semata-mata nak balik makan dengan mak dan abang. Geram adik mak. “ fuh, minta-mintala mak termakan alasan aku.

Kalau tidak, lambat lagi la aku boleh makan sedangkan perut aku nie menyanyi-nyanyi lagu crazier dari Taylor Swift minta di isi. Tolong mak, kita makan dulu baru mak marathon ye. Ini semua mamat senget itu la punya pasal. Kalau dia tak muncul ke pejabat siang tadi mesti mood aku nak lunch tak musnah. Mesti aku tak balik lambat semata-mata nak betulkan mood aku balik. Nie semua salah mamat senget tue sebab buatkan aku menangis dalam tandas pejabat tadi. Walaupun aku dah berjanji tak akan menitiskan air mata aku lagi untuk dia, tapi nampaknya hati ini tak sekuat yang disangkakan.

“Adik memang. Bab beralasan memang serah kat adik kan. Yela-yela kita makan dulu. Dah pegi panggil abang makan. Mak masak lauk favourite abang dan adik nie”

Nampak-nampak je sweet sour ikan siakap atas meja, aku dengan sekuat-kuat suara kalah si Lia punya amplifier menjerit.

“Abang!!!!!Mak panggil makan” Sepantas itu tiba-tiba aku merasakan ada cubitan hinggap di pinggang aku.

“Adoi! Mak kenapa cubit adik? Sakit” Sambil menggosok-gosok pinggang yang perit di cubit emak tadi.

“Suara tue, sapa suruh jerit-jerit kalah tarzan kat hutan tue. Terkejut mak mentua dengar tau”

“Mak, adik mana ada mak mentua la. So tak kisahla jerit kuat-kuat kan. Lagipun nak banding suara adik dengan Lia, kuat lagi suara Lia tau”

“Menjawab-menjawab, nak kena cubit lagi?”

“hehehe, tak nak..tak nak..nak makan je.”

Abang yang kebetulannya baru sampai di meja makan terus bersuara

“Eh, abang dengar nama Lia disebut-sebut tadi. Kenapa? Lia sakit ke?”

“Amboi abang, nama Lia dengar je, nama adik buat tak tau je. Abang suka Lia ye? Ye abang? Abang suka Lia eh?” Wah mood mengusik dah masuk. Best best.

Merona merah nampak muka abang aku nie. Eh betul ke dia suka Lia? Kalau betul besar nampaknya tanggungjawab aku nanti.

“Mana ada. Pandai je adik. Dah abang kenal Lia. Abang tanya je la.”

“Tipu!! Muka dah merah tue. Tandanya suka la tue kan mak kan”

Mak hanya tersenyum.

“Adik, tadi lapar sangat. Makan dulu, jangan nak disakat abang tue lagi. Abang tue harap je lelaki, pemalunya yang amat. Tapi kalau mak dapat menantu macam Lia tue, kenduri 3 hari 3 malam mak. Mak pun dah berkenan sangat dengan dak Lia tue”

Wah mak masuk kelab giat abang nampaknya. Caya lah mak. I love you. Biar abang terkulat-kulat sorang. Umur dah nak masuk 30 tak reti-reti lagi nak cari jodoh.

“Dah dah makan. Angkat tangan cepat, abang nak baca doa dah nie. Bismillah” abang mematikan bualan pasal Lia dan dia, doa makan terus kedengaran di tengah hening meja makan. Keseronokan bersama keluarga membuatkan aku lupa peristiwa yang terjadi siang hari. Sekurang-kurangnya untuk hari ini aku berasa tenang. Ya tenang bersama mak dan abang yang selama ini memberi aku kekuatan menghadapi ujian hari lalu. Tanpa mereka aku mungkin tidak sekuat ini. Terima kasih mak, terima kasih abang dan yang penting terima kasih Allah memberikan aku hidup dalam keluarga ini. Aku bersyukur ke hadrat-Mu..


to be continue..

No comments:

Post a Comment